Tuesday, March 24, 2009

Kerajaan Gantung Permit Penerbitan Akhbar Suara Keadilan dan Harakah.

Wah wah..akhirnya Kerajaan bertegas juga ke atas akhbar2 pemutar belit ini..dengan menggantung permit lidah rasmi PAS (Harakah) Dan PKR (Suara Keadilan) selama 3 bulan sejak 2 hari yang lepas sedikit sebanyak dapat membendung ideologi2 pembangkang yang sempit lagi tersepit ini, tindakan tersebut yang dilakukan oleh pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri yang diketuai oleh Tan Sri Syed Hamid Albar (Anak kepada Allahyarham Tan Sri Syed Jaafar Albar-Singa UMNO) adalah suatu tindakan yang tegas lagi bernas. Ini kerana kedua2 akhbar tersebut telah melakukan pelbagai percubaan untuk memesongkan fikiran rakyat terutamanya ketika menjelang pilihanraya2 tidak kira la semasa pilihanraya kecil mahupun pilihanraya negara. Segala tindakan pemimpin Kerajaan dipersoalkan dan ditaburkan fitnah tanpa usul periksa, selain daripada itu, mereka juga telah melanggar peraturan perjanjian yang telah mereka tandatangani dengan menjual kepada orang awam dan bukannya dijual di markas2 dan juga di bilik2 gerakan parti mereka. Justeru itu, saya amat berbesar hati sekiranya YB Tan Sri Syed Hamid Albar merangkap Menteri Keselamatan Dalam Negeri terus menggantung permit kedua2 akhbar terbabit ataupun terus mengharamkan kedua2 akhbar tersebut selama2nya demi kemaslahatan rakyat kita semua. Saya berdoa agar pilihanraya kecil akan datang yang akan diadakan di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai akan berpihak kepada Barisan Nasional kerana Barisan Nasional telah memberikan kita pelbagai faedah dan projek2 pembangunan demi kesejahteraan rakyat, parti pembangkang hanya tahu mencari kesalahan Barisan Nasional tetapi dalam pada masa yang sama mereka tidak melakukan apa2 perkara yang membantu rakyat tetapi apa yang berlaku adalah mereka seringkali bermain2 dengan politik murahan mereka yang di mana hanya layak dipersembahkan di tepi2 jalan atau kaki2 lima yang dipenuhi sampah lagi busuk. Masakan tidak mereka sanggup berteriak dan terjerit2 sambil menghamburkan kata2 yang tidak masuk akal hingga sanggup berbaring di atas jalanan dan menunjukkan sikap tidak matang mereka kepada Sultan mereka sendiri (ini semua disebabkan mereka tidak belajar tentang sejarah dahulu)..saya mendoakan semoga orang2 seperti ini akan mendapat hidayah daripada Allah S.W.T. agar mereka dapat mendahulukan akal mereka lebih daripada perasaan mereka sendiri. Nik Aziz pernah berkata bahawa orang UMNO adalah Orang Utan tetapi beliau eh silap..dia dan pengikut2 dia lagi menyerupai tindakan dan sifat seperti Orang Utan. Ini boleh dibuktikan apabila para pengikut dia yang ekstrim telah berbaring di atas jalan raya seperti kera yang tidak ada rumah untuk tinggal sedangkan mereka adalah manusia yang dikurniakan akal yang waras, pakai serban putih tapi x menunjukkan sikap seperti seorang Islam yang hatinya putih lagi bersih..wallahualam..

Sunday, March 22, 2009

Kerajaan PR buat hal lagi..

Pagi td..sambil2 minum kopi aku isikan waktu pagi aku tue dengan membaca Utusan Malaysia, baca punyer baca..alamak..berita nie yg paling aku x suke dengar Badan Amal yang dikelolakan oleh PAS di negeri Kedah buat hal lagi..jika sebelum ini kita diberitahu tentang bagaimana nasib yang terjadi kepada para pelajar tabika kemas yang terpaksa belajar di bawah terik mentari selama lebih dari 2 jam pada 2 Februari yang lalu di Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Pulau Pinang..salah satu yang menjadi persoalan aku di sini..di manakah janji2 yang diberikan oleh Menteri Besar Kedah sekarang, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini telah memberi jaminan bahawa kerajaan negeri (Kedah) tidak akan mengganggu tempat2 yang menjadi pusat menuntut ilmu di kalangan kanak2 tp apa yang berlaku adalah sebaliknya..selain drpd itu, yang aku x puas hati sangat nie..para pemimpin PAS sebelum ini pg bersama2 rakyat utk kononnya menyokong penghapusan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tp di dalam hal pembelajaran budak2 tadika, mereka bertindak sebaliknya, aku tahu kerana tabika kemas merupakan program di bawah kelolaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Barisan Nasional). Jadi apa yang berlaku sekarang adalah parti pembangkang hanya mahu melunaskan nafsu amarah serta dendam politik mereka terhadap UMNO tanpa memikirkan nasib dan masa depan pelajar2 tadika yang merupakan anak2 Melayu sendiri..mereka dengan lantang menentang PPSMI tetapi pada masa yang sama mereka menghalang dr anak2 Melayu mereka sendiri dari menuntut ilmu..Islam menyuruh kita untuk menuntut ilmu bukan untuk menghalang kita dari menimba ilmu. PAS mengatakan mereka adalah parti yang memperjuangkan dasar2 Islam yang tidak diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO (Itu kata diorang la..) tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya..persoalannya di sini ada tak Kerajaan Barisan Nasional menutup semua tabika2 yang dikelolakan oleh parti PAS??..x der kan??..aduhaii..PR2..sampai bila la korang semua nak memulakan satu tindakan yang boleh memperbaiki semula ekonomi negara. Ini tidak, asyik nak main politik saja..seolah2 macam x der keje lain nak buat..rakyat dah bagi mandat pada kamu untuk memerintah 5 negeri eh silap..4 negeri sebenarnya..so, bertindak la sekarang..jgn la asyik nak bermain2 dengan taktik politik murahan kamu tue. Aku tau..disebabkan kepimpinan UMNO yang lemah sekarang..kamu dengan sewenang2nya mengambil kesempatan bukan??..aku tau..parti pembangkang hanya hebat dan ingin tunjuk belang apabila parti kerajaan lemah..aku sendiri lihat..bagaimana parti PAS mengambil kesempatan untuk merampas Kelantan sewaktu UMNO mengalami pergolakan pada sekitar tahun 1987 hingga pada tahun 1990, selain drpd itu, parti Keadilan rakyat juga mengambil kesempatan sewaktu kes liwat Anwar disebut2 pada 1998 dahulu..dan kini..mereka mahu melakukan perkara yang sama..segala apa yang dilakukan oleh kerajaan di pandang serong manakala apa yang dilakukan oleh pihak oposisi dianggap baik....

Assignment Bertimbun..

Jam sudah menunjukkan pukul 12.13 minit pagi tetapi mataku masih tidak mengantuk lagi..assignment bertimbun-timbun..x pa la..kalau siapkan awal2 nanti mesti hati pun senang..x payah la nak tensen2 lagi..Haha..tarikh perhimpunan agung UMNO hanya tinggal 2 hari lagi iaitu pada 24hb Mac 2009 hingga 28hb Mac 2009..inilah saat2 yang aku tunggu n menanti selama ini..semoga UMNO akan melalui satu transformasi baru dan lebih segar di bawah satu kepimpinan yang baru dan dinamik..Ya Allah ya Tuhanku..semoga Kau selamatkanlah dan Kau lindungilah negara aku yang tercinta ini, negara Malaysia..semoga akan kekal makmur dan berkat..Amin Ya Allah....

Ke manakah Hala Tuju Pelajar Melayu?.








Sejak dahulu lagi masyarakat digemparkan dengan isu pencapaian dan kebolehan pelajar melayu di institusi pengajian tinggi. Kata-kata seperti pelajar melayu lesuh, pelajar melayu lemah, pelajar melayu gagal bersaing dan sebagainya sering dibahaskan di media massa. Meskipun pelbagai usaha telah diambil namun peratusan pencapaian yang diharapkan masih lagi gagal mencapai sasaran. Dewasa ini satu lagi kebimbangan berlaku apabila statistik menunjukkan pelajar perempuan lebih ramai yang layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Persoalannya sampai bilakah pelajar Melayu yang beragama Islam ini mesti mengambil sikap sambil lewa, main-main dan acuh tidak acuh. Kenapa pelajar ini tidak sensitif apabila bangsa mereka dipanggil sebagai bangsa subsidi?. Sudah terhapuskah semangat dan perjuangan untuk memartabatkan bangsa (Melayu) dan agama? (Islam). Untuk menyalahkan bangsa lain sememangnya tidak wajar sebab mereka berjaya hasil titik peluh, kerja keras, semangat, dan disiplin yang tinggi. Mereka bukannya berjaya berjaya dengan merampas hak Melayu secara tidak adil. Persoalannya sekarang kenapa pelajar Melayu-Islam ini mesti berfikir kurang dari kebolehan yang ada, berusaha kurang dari kemampuan yang ada, belajar kurang dari kebolehan yang ada, berusaha kurang dari kemampuan yang ada, dan akhirnya berpuashati dengan pencapaian kurang dari potensi sebenar mereka?.
Cuba renungi perkara berikut sekiranya keputusan peperiksaan anda cemerlang, maka:

Anda mudah untuk ditawarkan biasiswa.
Anda akan ditawarkan kerja walaupun anda masih lagi belajar.
Anda boleh memilih kerja dan memilih gaji anda.
Anda akan berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Saturday, March 21, 2009

Tun Mahathir Berucap Di Perhimpunan Perkasa.


Pada tanggal 22 Mac 2009, mantan Perdana Menteri Malaysia kita yang keempat, Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad telah menyampaikan ucapan beliau dengan jayanya bertempat di Kompleks Sukan TNB Bangsar, Kuala Lumpur. Ucapan beliau yang bermula lebih kurang pada pukul 10.45 pagi telah menyentuh pelbagai aspek bangsa dan politik masakini, beliau juga bercerita tentang pengalaman beliau sewaktu kecil tentang bagaimana seorang lelaki tua telah ditendang jatuh dari basikal oleh seorang askar Siam hanya disebabkan lelaki tua itu tidak berhenti dari mengayuh basikal dan berdiri tegak bagi menghormati lagu kebangsaan Siam sewaktu negeri Kedah diberikan kepada kerajaan Siam sewaktu zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu. Di atas kesedaran inilah, beliau telah menanam azam beliau untuk terus membela bangsa Melayu. Beliau juga telah berkata bahawa orang Melayu sekarang telah ditindas oleh bangsa lain yakni bangsa Cina dan India malah orang Melayu juga telah digelar sebagai kaum pendatang sedangkan kita semua yakni orang Melayu merupakan penduduk asal peribumi di Tanah Melayu yang merdeka ini. Beliau juga telah berkata bahawa bangsa lain jangan la mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu serta hak ketuanan bangsa Melayu di tanah air mereka sendiri iaitu Tanah Melayu, ini kerana orang Jepun sudah ada tanah Jepun (negara Jepun), orang Korea sudah ada tanah Korea (negara Korea), orang Cina sudah ada tanah Cina sendiri (Negara China), dan orang India sudah ada tanah mereka sendiri (Negara India). Jadi, apa salahnya sekiranya orang Melayu ingin mengekalkan tanah serta hak mereka di bumi mereka sendiri??..tanah air kelahiran mereka sendiri??. Apa yang berlaku kini, laungan tanah Malaysia untuk orang Malaysia hanyalah gimik serta polemik oleh sesetengah parti politik serta individu yang mempunyai kepentingan. Tun Mahathir juga berkata hasil keringat pemimpin politik terdahulu seperti Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang telah bermurah hati dengan memberikan secara percuma sebanyak satu juta kerakyatan kepada kaum Cina dan India yang merupakan kaum pendatang ketika itu, Tunku berbuat demikian kerana baginda mahu rakyat Malaysia yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum dapat bersatu dan membina negara Malaysia dengan jayanya sejak Malaya (kini Malaysia) memperolehi kemerdekaan dari kerajaan British. Selain daripada itu, beliau juga telah menyentuh perihal tentang gejala politik wang yang semakin berleluasa dan beliau juga telah menerangkan tentang bahana serta musibah yang akan menimpa bangsa, agama, dan negara sekiranya politik wang akan terus berlaku dan berleluasa. Ini kerana, para pemerintah yang naik ke atas dengan hasil sogokan wang dan harta akan mempunyai jatidiri yang amat lemah dan tidak mempunyai perasaan dan tanggungjawab untuk membela bangsa dan tanahair mereka sendiri. Malah, apa yang akan berlaku suatu hari nanti ialah para pemimpin yang duduk berkuasa di atas hasil daripada wang sogokan kelak akan dikuasai oleh para penyogok (perasuah). Justeru itu, Tun Mahathir telah berkata yang boleh mengubah diri kita sendiri adalah diri kita sendiri dan bukannya orang lain. Masa depan kita bangsa kita (bangsa Melayu) terletak pada tangan kita (bangsa Melayu) sendiri dan jangan la kita menjadi sebagai seorang pemimpin yang sanggup menjual serta menggadai maruah serta bangsa mereka sendiri hanya semata-mata ingin merealisasikan kepentingan matlamat diri sendiri yang masih belum terlaksana. Tun Mahathir mengakhiri ucapan beliau dengan linangan air mata (Ini kerana beliau sungguh menyayangi bangsa beliau yakni bangsa Melayu).